Medan perang
Hari ni nak cerita
ttg medan perang ?
Apa tu ????
Askarkah aku ??
Eh.. bukan
Medan perang dari
kaca mataku ialah tempat di mana kalau boleh aku nak lari darinya
Tempat yang aku tak
suka
Tapi aku harus
melaluinya
Setiap hari …… hampir?
Boleh kata ia rutin
Kalau dulu di waktu
remaja
Medan perangku ialah
Sekolah, dan kolej
To be frank
I hate letters
Tapi ironinya
Benda yang kita benci
inilah yang kita kena hadap setiap hari
Bukan kata aku tak
suka ilmu
Bukan…
Jangan salah faham
Tapi ia lah
Kalau boleh aku ingin
waktu itu 80% waktunya aku berseronok 20% biarlah aku mencari ilmu
Hehe ^^
Mengarut bukan ?
Ataupun kalaulah aku
ingin belajar sekalipun
Biarlah tentang apa
yang aku suka
Apa yang aku minat
Bukan apa yang harus
.
Tapi inikan reality
Mimpi tak diterima di
bumi ini
Ia hanyas pemuas roh
Cukup hanya untuk di bayang
bukan di pegang
Sekarang di usia 25
Medan perang ku di
tempatku mencari makan
Aaaaaahhhhhh
Patut dulu aku
menikmati cuti2x
Sekarang nak cuti pun
susah
Cutipun belum tentu
mindaku cuti
Bahkan ada lagi
kursus sana sini
Jangan persoalkan
syukur atau tidaknya aku
Kini ku bicara
tentang hati
Bukan kesedaran
Cet ^^
Apalagi kini aku
berdepan dengan insan2x yang benar2x menguji
Sabarnya aku
Aku guru permulihan (bukan
majorku dulu)
Untungnya aku
Adanya sebuah bilik
berhawa dingin
Dan bilangan murid
yang 4-5 ketul
Tapi
Apa gunanya hawa
dingin dan ‘office peribadi’
STRESS
Menjadi kawan karibku
Semua org tahu aku
bukan senang dimakan stress
Tapi kali ini aku
tewas
Kalau di kolej assignment
bertimbun
Aku still relax
Tapi bukan ini
Aku berdepan dengan
mereka2 yang tak kenal huruf dan angka
Setiap hari aku
bertanya
“ masalah budak ni
apa? Takkan benda macam ni pun tak tahu ? dalam kepalanya ada apa?
Aku harus bagaimana? Nak buat apa lagi dengan dia?”
Aku tahu aku persoalan
ku persismis tapi ini realitinya aku
Pagi tadi aku menuturkan
kata-kata ini
“kalau kamu masih
lagi tak mahu baca sekerat pun ayat sehari lama2x cikgu boleh mati sebab makan
hati!”
Ini kronik aku bukan
mengada-ngada
Tak ada untungnya
Maknanya kalau
berperang aku bagaikan sudah berada di hujung senapang
Buntu !
Apa aku belum cukup
kuat berusaha?
Inikan baru bulan
pertama….
"Medan perang dari
kaca mataku ialah tempat di mana kalau boleh aku nak lari darinya "
itu kata hati
tapi kesedaranku berkata
manusia mana yang hendak memikul tanggungjawab?
kalau ditaanya rela apa tidak ?
jawabnya tentu tidak
tetapi itu lumrah
hendak atau tidak bukan persoalan
untuk hidup kena sanggup
sebab nanti bayarannya ada
baik di dunia atau di atas sana
aku adalah apa yang aku lakukan
iru cerminan yang terbaik
meskipun berat
p/s:
DEAR GOD
Kalau ini ujian
Tunujkkanku jalan
Kalau ini satu
hukuman
Tolonglah ringankan
Kalau ini cabaran
Berilah ku kekuatan
Kalau hatiku yang
hitam
Tolonglah aku
jernihkan
Kalau ini satu
tanggapan
Berilah aku keihlasan
Berilah aku pertunjuk
untuk menang dalam medan ini
p/s: aku nak jadi seperti lacus clyne .... ^^ hehe