hatiku kembali berdenting
kali ini makin hebat
getarnya membuai tubuh
aneh sekali
dari mana datangnya dia
si pengganggu lena
kala malam sedang enak di ulit mimpi
degupku makin pantas
nafasku kian panas
lahar ini mengalir di setiap urat memeluk darah merah
membekas gelisah
hentikan
larian derap langkahmu
bingkas bangunkan aku sebelum tergelincirnya matahari
sebelum mati
degup ini

adakalanya aku merasakan tulisanmu ini bersahaja dan ada bahagiannya aku merasakan tulisanmu ini membuatku berfikir dalam bahawa hidup ini tidak akan lari dari kegelisahan, kesuraman dan kebingungan dalam hidup. alangkah indahnya jika ada seseorang di sisi untuk menyokong kita dari semua sudut mahupun sisi agar kita lebih teguh sehingga saat degupan jantung terhenti pun kita tak pernah merasakan kita bersendirian.
ReplyDeletesehingga saat degupan jantung terhenti pun kita tak pernah merasakan kita bersendirian. ayat akhir tok polah aku menangis am...
ReplyDeletebakpo2...ada apa2 aku xtauk ka?
ReplyDelete