hari semalam adalah sejarah
yang perit itu sudah berlalu
hari ini adalah wajah semalam
yang perit sedang berlaku
hari esok dalam conggakkan
yang perit akan berlalu
kau, aku dan dia
tiada hak untuk menghakimi
kesilapan yang membuahkan perit pada hari ini....
realm of the head hunters
lila
dreamer
Tuesday, January 25, 2011
pagi rabu yang tolol
mampus aku esok... nak buat ape ha? yang aku sebuk2 setuju hari pasal apa pulak? esok depan kira2 400++ aku kena ber pidato arggh tidakkk!!... alahai kalau waktu sekolah dulu2 boleh la sekarang semua tiun gaya dah lari entah ke mana... nak buat sajak Gila org ramai x kan dapat dengar sore aku kalau kei mic ok lah... mampus aku di ketawakan tunggu jaklah esok hari...aku mmg dah rasa minggu ni akan jadi benda pelikk...tapi ni bukan penyakit org bagi penyakit yang aku carikkk ...C-Lord....
Sunday, January 23, 2011
petang isnin yang menjengkelkan
kenapa ia menjengkelkan? sebab banyak benda yang menyesakkan di kepala.... banyak benda nak di ambil kira... bagi aku hari isnin hari paling sesuai untuk tidur.. ..kalau boleh skip terus hari tok. kadangkala org lebih tertarik dengan hal2 remeh untuk di jadikan isu, padahal hal yang besar2 di pandang sepi... marah? bukan marah sebenarnya cuma rasa ada slek cket. so frustrated..when u try to understand people but thy seem not to understand u.. why should i care this is my fault to... lantak lah itu bukan isu utama ... persoalan nya sekarang apasal lak aku panas? mood tengah hari kot... tak pe petang sikit aku cool balik rasanya...minggu lepas banyak sangat benda tak dijangka jadi minggu ni pulak entah apa? baik ke tidak itu terserah pada aku kot... ye lah dah hidup aku takkan kena mengena dengan org lain pulak.. ahhhh makin banyak makin pelik apa yang aku bebelkan...kurangkanlah perasaan sebal kat ati .... please nak minggu ni berlalu cepat... ok2 baru teringat pasal apa ku moody sebab DUIT tak keluar lagi..janji ari isnin... mana die? ahh... ni yang males ni duit berapa helai je kat dompet nak makan apa ? berutang malu? x berutang x makan alamatnya... ni lah kes berat penuntut2 macam aku... banyak benda kasi susut... dah lah kelas aku nak mula dah tak pasal2 aku lak yang kena hambur lewat ..
bye
with love MR isnin
bye
with love MR isnin
Saturday, January 22, 2011
Cerpen bisikan pada hati
Pagi nirmala awan berambal-ambalan di dada langit sebelum pecah dan mengirimkan sinarnya ke jendela kamar. Dia masih lagi diselimuti gebar yang tebal, kesejukan pagi masih terasa walaupun matahari sudah mula meninggi. Itulah yang mengasyikkan jika tinggal di ceruk pedalaman, lebih-lebih lagi di kawasan tanah tinggi seperti itu. Cuacanya sentiasa nyaman untuk dinikmati. Sayup-sayup terdengar suara memangil namanya. ‘Ah, malaslah nak bangun’ hati kecilnya berbisik .
“Nur Hidayah, bangun cucu atuk, matahari dah meninggi, anak dara tak baik bangun lewat nanti tak bersuami!” Suara Haji Leman tak diperdulikannya.
“Tuk, kalau dipanggil baik-baik memang si Dayah tu takkan dengar, baik dijerkah aje.” Rahmat mula membebel lantas mengambil cawan yang tergantung di perdu pokok belimbing untuk digunakan memberi makanan ayam-ayam perliharaannya .
“Kamu kejutkan adik kamu tu Mat nanti terlambat pula budak bertuah tu nanti”
Rahmat mendengus lalu meletakkan cawan itu tadi kembali tergantung di perdu pokok belimbing. Pintu bilik adiknya diketuk berkali-kali. Nur Hidayah menjengukkan mukanya di balik pintu .
“Hish, pengotor betul. Tengok taik mata pun tak buang lagi. Pergi mandi cepat, nanti lambat mendaftar baru padan dengan muka.” Rahmat melempar tuala ke muka adiknya sebagai isyarat menyuruhnya mandi, wajah Nur Hidayah mengkut.
“Awal lagi la bang, nanti abang pandulah laju sikit mesti tak terlepas punya, abang kan merangkap Valentino Rossi dalam versi membawa proton Saga .” Dia membodek .
“Hek eleh... ko ingat motor cabuk abang tu apa, motor GP ke? Abang tak kira, lima minit dari sekarang kalau tak turun lagi, Dayah pergilah mendaftar sorang-sorang . Cepat sikit atuk tak sarapan lagi tu tunggu kamu.” Rahmat berlalu semula ke dapur memerhati datuknya yang sedang menyedut rokok tembakau, dia menggelengkan kepala .
“Nanti kalau si Dayah tengok atuk merokok lagi habis tunggang langgang dapur ni dibuatnya.” Dia melabuhkan punggungnya di sebelah insan yang dianggap oleh mereka dua beradik sebagai ayah dan ibu setelah kedua-dua orang tua mereka terkorban dalam nahas jalan raya lima tahun lalu.
“Tak apalah Mat biarlah dia marah, aku ni dah tua esok lusa kang aku tutup mata taklah aku merasa nikmatnya rokok ni lagi.”ujar Haji Seman sambil tertawa.
“Ha sedap sangatlah rokok tu ye, kang kalau semput lagi tengah-tengah malam siapa yang susah? Lepas ni Dayah dah tak ada kat sisi atuk, atuk sakit ke, demam ke bukannya Dayah tahu. Dayah tak nak kehilangan orang yang Dayah sayang sekali lagi” Nur Hidayah bersuara lirih.
Universiti Sains Malaysia hinggar-bingar dengan suara Pelajar-pelajar baru yang mendaftar bagi jurusan masing-masing. Nur Hidayah menapak perlahan ke perkarangan Universiti. Abang dan datuknya tidak dapat menemaninya kerana sejurus sebelum mereka berangkat anak Mak Kalsom jiran mereka yang sarat mengandung sakit nak bersalin, abangnya terpaksa bergegas menghantar anak Mak Kalsom terlebih dahulu. Dia memutuskan untuk menaiki bas sahaja lagipun USM tidak jauh dari kampungnya. Pesanan abangnya sebelum dia berangkat pagi tadi masih terngiang-ngiang di telinga.
“Belajar sungguh-sungguh, Dayah. Hanya Dayah harapan abang . Dayah sahaja yang dapat menyambung cita-cita abang sebelum ni. Pada siapa lagi abang dan atuk nak harapkan kalau tidak pada Dayah.” Rahmat menepuk-nepuk bahu adiknya dengan penuh harapan dan kasih sayang.
‘Dayah tekad bang, Dayah akan belajar sungguh-sungguh, Dayah tak akan kecewakan abang dan atuk.’ Hati kecilnya berbisik
“ Woi! Nak mati ke? Jalan tu pandanglah kiri kanan.ko ingat jalan ni ko yang punya ke!”
Dia terperanjat bila disergah begitu. Dia cuma menggeleng kepala melihat seorang mahasiswa lelaki yang sedang menunggang motorsikal besar memandangnya sambil tersengih bagai kerang busuk.
“Garangnya, tak boleh tegur baik sikit ke. Ini ke yang di katakan rakyat Malaysia sopan santun dan ramah mesra?” dia mengeluh. Nur Hidayah memandang ke seluruh kawasan kampus. Kampus itu sungguh besar, terbit rasa bangga dalam hatinya akhirnya dia berjaya juga menempatkan diri dalam kalangan orang-orang yang berpendidikan tinggi. Dia terus melangkah menuju ke dewan . ramai pelajar sedang mendaftarkan diri, dia mengambil tempat di sebuah bangku yang tidak berpenghuni. Tiba-tiba dia terpandang seorang pelajar perempuan Cina melambai tangan ke arahnya. Dia membalasnya sambil tersenyum.
“Sherry kau pun dapat kat sini juga?”
“Ya, aku ambik bidang kejuruteraan awam, kau pula?”
“Aku? Undang-undang.”
“Sah, memang sesuai dengan mulut lancang kau.”
“Ha, kau pun apa kurangnya, otak komputer”
Tawa mereka berderai Sherry merupakan teman baiknya sewaktu di sekolah Menengah, yang baginya pakar dalam kira-kira. Pelajar cemerlang SPM yang pernah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke University Of Hanyang, Korea dalam bidang kejuruteraan kimia, tetapi dia menolak alasannya tidak berminat .
“Besar juga Universiti ni kan Dayah.” Bisik Sherry sambil berjalan beriringan dengan Nur Hidayah. Dia yang mendengar hanya tersenyum.
“U besar, semangat pun kenalah besar”. Dia berseloroh.
Setelah pendaftaran usai mereka bergerak ke kantin untuk makan tengah hari.
“Ramainya orang Dayah.”
“Awak lapar? Saya ada bawa cucur pisang dari rumah, saja bawa banyak, kat rumah tu bukan ada yang nak makan.”
Perbualan mereka tiba-tiba terhenti apabila melihat beberapa orang pelajar lelaki menghampiri mereka. Pelajar senior agaknya. Salah seorang daripada mereka menarik kerusi lantas duduk menghadapnya. Nur Hidayah memerhatikan tanda nama pelajar tersebut. Syed Hakimi Syed Asri.
“Student baru eh? Sorang kecik, sorang macam KLCC tingginya. Comellah siapa nama?” Jari telunjuk yang menghala ke muka Nur Hidayah cuba menguis dagunya, pantas dia melarikan pandangannya ke arah lain dengan bibir yang dicebik.
“Amboi… sombong. Hei nama kau apa hah?” tengking pelajar senior itu, tetapi sedikit pun tak menggugat hatinya.
“Tanya baik-baik tak boleh? Kita ni sama-sama pelajar, orang yang saya baru jumpa pun ada yang bertanya nama pada saya tapi dengan adap sopannya. Takkan belajar tinggi-tinggi pun tak ada adab sopan. Kita orang Melayu Encik Syed Hakimi Syed Asri hormat-menghormati itu budaya kita, tak malu ke dilihat kaum lain, takkan sesama kaum sendiri pun awak nak kacau, sepatutnya awak yang lebih tua menjaga kebajikan saya sebagai saudara serumpun bukan awak yang lebih-lebih nak kenakan saya!” Sherry menggeleng, ‘mulut lancang minah ni mana-mana tempat pun sama je, nayalah aku’ .
Nur Hidayah dapat melihat perubahan riak wajah pemuda yang mengusiknya tadi, merah padam mukanya. ‘Ambik kau! Siapa suruh gatal-gatal nak menyakat bakal Lawyer.’
“Huh, laser mulut kau ye. Tak padan badan kenit , sepak karang!”
Meskipun berbunyi ugutan tapi suara itu tidak sekasar tadi, Nur Hidayah tersenyum sinis.
“Wei, Cipan. Patutlah Malaysia lambat maju, rugi Perdana Menteri kita membariskan macam-macam wawasan , kononnya nak melahirkan modal insan gemilang. Tapi sayang dengan wujudnya insan seperti awak ni semua bukannya modal insan yang gemilang dan terbilang yang terhasil tapi pewaris takhta kerajaan bawah longkang. Muka penyamun!” Nur Hidayah merengus geram.
“Kenit-kenit semut api, mulut laser giler, adik beradik dengan Aznil Haji Nawawi ke?. Baiklah cik adik manis abang minta maaf ek, nama adik berdua ni siapa? Ni dah cukup sopan dah abang tanya takkan tak nak bagi tau juga kan?” Syed Hakimi Syed Asri mengenyitkan matanya nakal.
“Saya Sherry, yang ini namanya Nur Hidayah.” Sherry cuba menenangkan keadaan yang tegang.
Syed Hakimi tergelak. “Pewitt...! Cantiknya nama patutlah susah sangat nak bagi tahu.”
Nur hidayah bangkit dari tempat duduknya, “Kami minta diri dulu, Assalammua’laikum.”
Tiba-tiba bungkusan yang dia pegang dirampas dengan kasar.
“ Wei.. sodaplah, cucur pisang ni siapa yang buat?” muka Nur Hidayah bagaikan dibakar, dia cuba menahan marah. Apa kena dengan pemuda itu, tiba-tiba muncul dan mengganggu hidupnya. Adakah pemuda itu berasal dari planet yang sama dengannya? Gila! Hatinya membentak geram.
“Saya.” Malas dia hendak melayan karenah manusia yang kurang upaya berfikir seperti itu.
“Hek eleh kau tipu eh…. Kesian mak kau bangun awal-awal pagi buat cucur ni kau pula sedap-sedap mengaku, jangan-jangan bapa kau kot yang buat.” Kata-kata Syed Hakimi disambut gelak tawa rakan-rakannya. Mata Nur Hidayah mula berair, pantang bagi dirinya nama ibu dan ayahnya disebut-sebut, apatah lagi dipersendakan seperti itu.
“Berbahasa tu biar hormat sikit! Emak bapa saya jangan dipermain-mainkan. Saya tak suka. Emak bapa saya dah lama tak ada.” Ujarnya lantas berlalu, sebelum melangkah dia sempat berkata .
“Cucur pisang tu kalau nak awak ambillah, itu sahaja orang kampung macam saya ada.”
Syed Hakimi tergamam, ‘Aku saja je nak main-main, over sangat ke?’ desis hatinya kecil sambil matanya menyoroti langkah gadis kecil molek itu.
Sherry tersusup sasap membuntuti langkahnya.
“Alah Dayah, pedulikanlah mereka tu, muka pun dah macam tapir jadian, kita orang baru jadi mereka saja nak tunjuk kuasa.” Nur Hidayah yang diam sejak tadi akhirnya tersenyum.
“Boleh tahan lancang juga mulut kau ye, mana kau dapat ilham muka diorang macam muka tapir jadian?”
“Aku dapat inspirasi tu masa kau gelar budak tadi tu cipan. Tapi cipan tu binatang apa?”
“Entahlah aku pun tak pasti, macam biasa dengar je, mungkin cicak campur lipan kot…”
Tawa mereka meledak.
Nur Hidayah mengambil keputusan untuk tinggal di asrama meskipun kampungnya dekat kerana senang baginya menyesuaikan diri dengan waktu kuliah.
Nur Hidayah aktif melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti kampus terutamanya dalam pengucapan awam. Hari itu dia berlatih untuk Pertandingan Pidato Peringkat Antarabangsa yang bakal diadakan pada penghujung bulan April, selesai berlatih dia menghampiri Sherry yang baru selesai latihan piano.
“Macam mana persediaan kau?”
“Hampir sempurna kalau ikut tahap aku, tapi si Cipan tu cakap suara aku macam orang yang meneran tahi, geram tahap dewa aku dibuatnya.”
Sherry tergelak mendengar rungutan sahabatnya, dia tahu Nur Hidayah tak menyenangi Syed Hakimi sejak peristiwa di hari pendaftarannya dulu, sebagai pengerusi Kelab Pengucapan Awam Syed Hakimi seringkali mencari kesilapan Nur Hidayah. Tetapi yang menjadi titik persoalan dalam benaknya mengapa Syed Hakimi melepaskan tempatnya sebagai wakil siswa dari Malaysia untuk Pertandingan Pidato Antarabangsa kepada Nur Hidayah. Kononnya kata Nur Hidayah lelaki itu sengaja nak mengenakannya, tapi dia tidak pula rasa begitu. Meskipun Syed Hakimi kelihatan nakal dan menjengkelkan namun bila tiba saat bekerja dia boleh bertukar menjadi manusia yang sangat serius dan berdisiplin.
“ Hidayah, sekejap.”
Nur Hidayah memalingkan mukanya kepada Syed Hakimi yang melambai kearahnya. Nur Hidayah pura-pura tidak mendengar.
“Hei, Dayah kekasih kau panggil.” Sherry menyiku lengannya.
“Hoi, Cik Yah oi! Pekak ke, cepat sikitlah kalau orang panggil!” jerit Syed Hakim sengaja menggunakan nama itu untuk mengumpan perhatian Nur Hidayah .
Nur Hidayah melangkah malas mendapatkan Syed Hakimi yang sedang memerhatikan langkahnya.
“Lain kali, kalau aku panggil tolong cepat sikit. Pekak ke, kesian Tuhan bagi kau telinga tak letak kat kepala tapi latak kat lutut.” omel Syed Hakimi.
“Lain kali, kalau nak panggil orang baik-baik sikit. Saya tahu kalau nak datang atau tidak.” Nur Hidayah merengus, sambil menarik muka masam .
Syed Hakimi ketawa, meneliti wajah gadis pujaannya. Kali pertama dia terpandang wajah gadis itu ialah ketika dia hampir-hampir terlanggar gadis itu di hadapan dewan pendaftaran. Ketika itu hatinya terus terpaut. Entah kenapa dia tak boleh bercakap dengan lembut di hadapan gadis itu. Walhal hatinya tak berniat nak menyakitkan hati gadis itu, semuanya di luar kawalan. Meskipun dia terkenal dengan perangai buayanya namun bila di depan gadis itu dia menjadi manusia yang berbeza,malah rakan-rakannya turut menyedari perubahannya itu.
“Kau keluar nanti naik apa?”
“ Baslah. Kenapa? Nak bayar tambang untuk saya ke?” Nur Hidayah mendengus mendengar persoalan yang remeh dari Syed Hakimi.
“Jomlah aku tumpangkan, lagipun ada benda yang aku nak cakap dengan kau.”
Nur Hidayah tersenyum sinis mendengar pelawaan Syed Hakimi.
“Terima kasihlah ye, saya orang susah tak biasa naik kenderaan mewah, takut nampak sangat janggalnya. Kalau ada benda nak dicakapkan cakap kat sini saja cukuplah.”
“Dekat sini tak baguslah nak cakap, tidak ada privacy. Kalau awak tak nak keluar dengan saya, kita pergi pusat kegiatan siswa sekejap, kita borak kat sana”
Nur Hidayah memandang wajah Syed Hakimi , si nakal itu hanya senyum .
‘Ini yang aku benci sebenarnya, kenapalah muka si Siamang ni mengoda betul?’ hati kecilnya berbisik. Dalam diam sebenarnya dia menyimpan hati pada Syed Hakimi namun ternyata lelaki itu amat menjengkelkannya. Pantang kalau dalam sehari Syed Hakimi tak menyakiti hatinya, ada-ada saja yang dijadikan modal untuk memulakan pergaduhan. Mungkin itu jugalah yang menarik minatnya pada Syed Hakimi walaupun banyak mahasiswa-mahasiswa yang lain cuba memikat dirinya, Syed Hakimi Syed Asri tetap bertahta dihati. Sehari tanpa kehadiran Syed Hakimi hidupnya suram, bagai ada yang tak lengkap. Penangan orang anggau agaknya.
“Wei, sihat lagi ke, yang kau senyum-senyum ni kenapa?” Syed Hakimi memetik jari, dia malu sendiri. ‘Mak oii…..malunya kantoi….’
“Ha, apa dia yang awak nak sangat cakapkan? Dah hafal skrip untuk sakitkan hati saya ke?” Dia mencebik.
“Mulut…serupa itik, muncung tu boleh dibuat sudu. Adalah aku nak cakap sikit, sebenarnya kan, err….sebenarnya err….sebenarnya…”
“Sebenarnya apa? Tak apalah, awak balik nanti, karang skrip, lepas skrip awak tu dah siap kemudian baru panggil saya. Saya tak ada masa nak layan perangai gila awak yang tak habis-habis nak kenakan orang. Tolonglah bersikap macam orang yang matang sikit. Awak lelaki Syed Hakimi, Permata Melayu, ” ujarnya dan membuka langkah untuk meninggalkan tempat itu. Syed Hakimi terkesima. jangan salutkan diri awak dengan lumpur. Berdirilah seperti seorang lelaki yang bermaruah, seseorang yang mampu membawa kemajuan kepada bangsa, bukan samseng jalanan yang cuba menawan perempuan dengan helah yang bodoh.
“Betul awak tak nak beri saya peluang untuk bercakap?” suara itu bernada lirih.
‘Begitu sekali kau menilai aku.’
“Huh, jangan buat muka seposenlah Kimi. Sepatutnya saya tak bagi muka pada awak sejak dari awal lagi, awak ni kan, semakin hari gelagat awak semakin menyakitkan hati, awak tahu tak?” ujarnya lantas meleraikan tangan lelaki itu dan berlalu pergi.
“Wei! Kau kena letak perkataan Senpai(senior) depan nama aku tu. Syed Hakimi Senpai baru betul. Woi! Kau dengar tak? Dahlah berpidato macam orang nak meneran tahi.”
Nur hidayah tersenyum sinis apabila melihat seketul batu, lantas batu itu diambilnya dan dibaling ke arah Syed Hakimi.
“Padan muka!” Dia tertawa puas. Tiba-tiba tawanya mati apabila matanya terancap pada darah yang mengalir dari dahi Syed Hakimi.
“Ya Allah, apa aku dah buat ni?”
Dia segera berlari mendapatkan Syed Hakimi yang sedang mengerang kesakitan. Lukanya agak besar dan dalam, dia mengambil sapu tangannya untuk menahan pengaliran darah yang lebih banyak namun tangannya ditepis dan lantas lelaki itu berlalu pergi tanpa kata-kata, meninggalkannya termanggu tanpa bicara. Dia dihurung rasa bersalah yang teramat sangat.
Seminggu telah berlalu, Syed Hakimi langsung tidak menunjukkan mukanya. Nur Hidayah masih tercari-cari ke mana hilangnya lelaki itu. Dari jauh kelibat Sherry kelihatan melambai-lambaikan tangan sambil memegang sesuatu.
“Selamat Hari Jadi Dayah,” Sherry menyerahkan dua bungkusan kecil hadiah berwarna biru kepadanya sabagai hadiah.
“Eh, kenapa banyak sangat hadiah yang kau bagi?” Dia kehairanan. Sherry menggeleng.
“Yang lebih kecil tu aku yang bagi tapi kalau yang besar sikit tu bukan aku yang bagi, entah budak mana yang aku jumpa kat blok pentadbiran tadi. Dia suruh aku bagi hadiah ni kat kau. Peminat rahsia kau kot, bukalah kot-kot dia bagi cincin emas ke, bertuah punya badan ” Sherry mengusiknya nakal,
“Ada-adalah kau ni” Perlahan-lahan tangannya membuka bungkusan berwarna biru laut itu. Seutas rantai berbentuk kunci bersama sepucuk surat berwarna biru.
“Kan betul apa aku cakap. Bacalah, aku pun nak dengar juga” Sherry menyiku lengannya lembut, perlahan-lahan sampul itu dibuka.
Nur Hidayah,
Hadirmu ibarat sejalur cahaya pertunjuk dari Yang Maha Esa bahawa kaulah wanita itu, wanita yang mampu menundukkan ego seorang lelaki yang bernama Syed Hakimi Syed Asri dengan hanya sebuah senyuman.
Hidayah, ada sesuatu ingin kukatakan dan kuharap kau dapat mengerti, bahawa selama ini kau ku sayang, walaupun kita sering tak sehaluan. Ketahuilah, aku jua tidak pernah meminta kau mempercayai diriku, tapi seandainya kau selami hati kecilku ini aku pasti kau akan mengerti.
Saat warkah ini kutinta, daerah hatiku masih lagi biru dibalut kabus pagi, tanpa aku sedari air mataku jatuh ke bumi,Mungkin jua kerana aku bakal meninggalkan dirimu untuk suatu ketika. Tapi tiada penyesalan dihatiku atas perpisahan ini, kerana bagiku tiada yang lebih bermakna dari detik berharga yang pernah kita lalui bersama, dan kaulah wanita pertama yang mengajar aku tentang pahit manisnya cinta hingga ku kelu seribu bahasa.
Aku merasa setiap saat bersamamu amat indah, detik-detik marah, sayang, rajuk dan rindu membuatkan aku lebih bahagia. Walaupun zahirnya kita sering terluka dan terkilan dengan kerenah masing-masing .
Ku sedari kejahilanku yang tak layak pun untuk berganding denganmu, walau teguhnya cintaku padamu, engkau tetap sukar aku miliki. Kerana bagimu tiada yang lebih penting selain daripada cita-cita yang ingin kau gapai. Maka aku mendiamkan diri. Lagi pula siapalah aku ini, hanyalah seorang samseng yang mengunakan pelbagai taktik bodoh untuk menawan perempuan.
Aku juga sedar bahawa aku bukanlah seorang insan yang layak untuk dikenangi namun, Jauh disudut hati ku berharap agar dikau ingat setiap detik yang telah kita lalui.Walaupun detik dan ketika itu lebih banyak menyakitkan hati.
Aku sendiri tidak mengerti mengapa pertemuan kita seringkali disulami pertelingkahan atau mungkin benar kata si pujangga, semakin cinta dan kasihnya Adam kepada Hawa semakin sukar untuk ia diterjemahkan melalui kata-kata.
Sebelum aku pergi membawa langkahku ke Queensland University of Australia untuk melanjutkan pelajaran bagi mencapai citaku bergelar seorang ‘aircraft engineer’, izinkan aku meluahkan segala yang terpendam dalam sukmaku selama ini.
Aku tulus mencintaimu, dan aku berjanji bahawa aku hanya akan menemuimu semula hanya bila aku benar-benar mampu berdiri di hadapanmu sebagai seorang lelaki yang bermaruah. Di saat itu tiada apa yang lebih aku impikan selain daripada melamarmu untuk ku jadikan suri. Itupun andai kau sudi. Tapi sebelum itu,satu yang aku ingin kau janjikan, jangan pernah putus asa untuk menggapai cita yang kau impi. Ubahlah dunia ini dengan kedua tanganmu, bidadari. Jadikanlah Malaysia maju dari perspektifmu sendiri.
Yang ikhlas,
Syed Hakimi Syed Asri
Dia termanggu diam seribu bahasa warkah biru itu ditatapnya dengan linangan air mata.
“Adakah aku kehilangan dia?” soalan itu bermain dibenaknya.
“Patutlah perangai si Hakimi tu pelik semacam je aku tengok, yalah kan, dia bagi tugas pemidato kat kau, dia latih kau tak kira masa, tiba-tiba dia jadi pendiam dan serius rupa-rupanya dia dapat tawaran ke melanjutkan pelajaran ke Australia. Jadi dia latih kau untuk ganti tempat dia. Besar harapan dia pada kau Dayah.” Sherry memecahkan kesunyian dengan kata-kata yang cukup menyentuh hatinya. Kolam jernihnya tidak mampu lagi untuk dibendung, lantas butiran mutiara-mutiara kecil jatuh berlinangan di pipi.
“Aku janji Kimi, aku akan gapai cita-cita aku sama seperti kau memperjuangkan cita-cita kau. Abang Rahmat, atuk restui Hidayah.”
Sepasang mata terpegun memandang ke arah tepi persimpangan jalan. Dia terpesona melihat pergerakan alam begitu lembut dan secara senyap-senyap membentuk keindahan, kemudian dia membisu kaku tertiarap di atas rumput permai hijau seperti hamparan permaidani. Basikalnya direbahkan disisinya dan ditemani bunga-bunga kuning yang tumbuh pertengahan bulan Febuari. Lantas fikirannya melayang jauh bersama panorama petang yang hidup di antara wajah lelaki yang pernah dipujanya. Syed Hakimi Syed Asri. Lelaki pertama dan mungkin yang terakhir dalam hidupnya. Lelaki yang mengajarnya erti cita-cita dan lelaki yang mengajarnya erti cinta. Sayangnya cinta itu terhenti tanpa kesudahan. Tetapi dia bersyukur, tanpa Syed Hakimi mungkin dia masih lagi lena dibuai rasa cinta yang melekakan, kepergiannya walaupun menyakitkan tetapi membawa satu rahmat. Kerana kini Nur Hidayah bukan lagi gadis kampung yang hanya tahu berangan-angan untuk menjadi peguam, kini namanya sebaris dengan peguam-peguam negara yang terkenal, walaupun dia masih lagi belum mampu menyaingi kehebatan Karpal Singh namun azamnya kuat untuk membawa perubahan dalam sistem perundangan negara demi melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai minda kelas pertama. Rakyat Malaysia yang bebas dari jenayah. Rantai pemberian Syed Hakimi digenggamnya erat lantas dikucupnya perlahan.
Hembusan bayu terasa bergurau dan mengusik jiwanya. Kemudian nyaman bayu itu meresap ke dalam setiap rongga penafasannya, sekaligus menambahkan nikmat ketika dia merenung pergerakan alam yang seperti sebuah lukisan senja yang amat indah. Bayu yang lembut membuai bunga dan daun-daun hijau sambil memperlihatkan kaki langit yang indah.
“Assalammua’laikum, Nur Hidayah.”
Dia tergamam, cepat-cepat dia bangkit dan menoleh ke belakang. Tunak matanya memandang ke arah sesusuk tubuh yang selama ini amat dirinduinya.
“Syed Hakimi...” Hanya itu yang mampu terungkap, ‘Sherry kau tipu aku kononnya nak bincang perkara mustahak, patutlah aku pelik semacam dia nak jumpa aku kat tempat yang macam ni.’
“Hah,apa mimpi kau tiba-tiba je muncul kat depan aku? Mesti kau dah hafal skrip nak sakitkan hati aku lagi kan?” nadanya sinis.
“Dah, semalaman aku tak tidur semata-mata menghafal skrip lamaran untuk kau. Kau dengar eh...” Syed Hakimi tergelak. Seperti yang dia jangka gadis itu masih seperti dulu, masih sukar untuk dimiliki namun ada sesuatu yang membuatnya mampu tersenyum lagi.
“Lima tahun berlalu dan sekarang aku rasa bangga kerana aku mampu berdepan denganmu dalam keadaan yang bermaruah. Bukan seperti kali pertama aku muncul didepanmu. Aku bukan lagi mahasiswa samseng yang suka mengusik mahasiswi perempuan. Aku bangga kerana aku mampu berdiri di depan seorang peguam yang terkenal sebagai seorang Jurutera yang berjaya. Aku percaya azimat cinta yang telah kau beri mampu menjadikan aku seorang yang berjaya pada hari ini. Terima kasih Nur Hidayah. Kaulah hidayah terindah yang pernah Allah tunjukkan kepadaku.” Lelaki itu memulakan bicara.
Wajah Nur Hidayah mengkut.
“Kau nak lamar siapa?”
“eish...kura-kura dalam perahu, pura-pura pulak tak tahu. Kaulah takkan aku nak lamar pokok ni kot, tak patut, tak patut. Aku normal lagi rasanya.”
“Muka tak malu. Siapa yang nak kawin dengan monyet macam kau.”
“Tentulah puteri monyet.”
Wajah Nur Hidayah merah padam. Lelaki itu juga tidak pernah berubah.
“Hidayah, aku jujur ni, sudi tak kalau aku ambik kau jadi suri dalam hidup aku?” Syed Hakimi melutut dan menunjukkan sebentuk cincin permata.
“Aku tak suka. Aku benci kat kau.”
“Hek eleh, jual mahal ye, takkan benci kat aku kot, kan kau dah simpan kunci hati aku kat leher kau tu. Habis tu macam mana perempuan lain nak buka hati aku nanti ?
‘celaka kau Kimi, kau memang sengaja nak kenakan aku’
Nur Hidayah malu sendiri. ‘Ya Syed Hakimi Syed Asri, tiada yang lebih layak untuk menjadi penggantimu di hatiku ini.’
“Wei, kau memang tak pernah berubah, suka senyum sorang-sorang. Kau sudi ke tak ni, nak terkehel pinggang aku ni rasanya.”
‘Tolonglah, kenapalah aku boleh tersangkut dengan mamat macam ni, dahlah tak romantik menyakitkan hati je yang banyak. Nasib kaulah Dayah...’
“Awak tolong romantik sikit boleh tak? Tak ada kelas betul melamar orang gaya macam ni.”
Syed Hakimi tergelak, gadis di hadapannya tertunduk malu.
“Nak romantik eh? Tak apalah saya cuba sekali lagi ok.”
“Ehem..... Nur Hidayah bt Alli, andai Tuhan hanya menciptakan matahari untuk aku, biarlah matahari itu adalah kamu, moga aku boleh hidup dengan lebih lama dibawah bahang kasihmu, andai Tuhan hanya menciptakan bulan untuk aku, biarlah bulan itu adalah kamu, moga mimpiku lebih panjang dibuai cahaya cintamu. Andai ku diminta untuk cagarkan segalanya, akanku cagarkan seluruh alam demi memiliki kasihmu. Hari ini bersaksikan seluruh ciptaan Tuhan, biarlah kasihku ini direstui hingga ke jinjang pelamin. Hidayah kuserahkan segalanya padamu, sudikah dikau menjadi suri dalam hati insan yang bernama Syed Hakimi Syed Asri?”
‘Mak oii.. cair aku’ dia hanya tersenyum dan perlahan menganggukkan kepalanya, Syed Hakimi melonjak kegirangan. Lantas jemari halus itu diraih dan cincin itu disarung ke jari manisnya sebagai bukti termeterai sebuah ikatan antara dua hati.
Alam saksi bisu, menyaksikan dua hati bersatu.
“lepas ni jangan marah-marah lagi ye?” syed Hakimi menguis dagunya nakal
“yelah tu.kepala hotak kau...” Dia menepis tangan lelaki itu, sambil menunjukkan muka masam
“otak aku power apa.”
“memang power. Dalam menyakitkan hati aku.”
“kau memang memahami aku, Thanks sayang..”
Syed Hakimi mencium pipinya lantas melarikan diri, matanya membutang.
“KIMI!!!!!!!!!!!!” dalam marahnya ada senyum lantas dia menyusun langkah mengejar Syed Hakimi.
“Aku takkan biarkan kau lari lagi Hakimi.” Suara hatinya berbisik lembut.
Hatinya berdebar-debar, dua hari lagi mereka bakal diijabkabulkan. Syed Hakimi tersengih melihat kelakuannya.
“kenapa kau tension je aku tengok?” Syed Hakimi menyuak rambutnya kebelakang.
“aku takutlah, first time....” dia tersengih malu
“lah, memanglah first time takkan kahwin banyak time kot, kalau lelaki lainlah....” Syed Hakimi mengerlingnya nakal
“kau cubalah kalau nak mati.” Hidayah membalas dengan kerlingan tajam, Syed Hakimi tergelak besar.
“Takkan aku berani kot, parut yang lama pun masih ada lagi. kau memang kuat dera aku”
Hidayah tersenyum sambil mengusap lembut bekas parut di dahi Syed Hakimi. Peristiwa itu masih segar di ingatannya, kerana itulah titik tolak yang mengubah perhubungan mereka. Syed Hakimi meraih tangan kekasihnya itu lantas dikucupnya penuh kasih.
“Maafkan aku sayang, jikalau ku tahu kepergianku itu akan meninggalkan luka yang lebih dalam dari parut yang berbekas ini, aku pasti takkan tinggalkan kau Hidayah.”
“semua itu ada hikmah disebaliknya Hakimi, kalau kau tak pergi pada waktu itu, pasti aku takkan pernah sedar akan wujudnya perasaan kasih yang aku ada untuk kau”
“Yes!!! Akhirnya kau mengaku juga yang kau dah lama syok kat aku. Huhu.” Syed Hakimi ketawa kegirangan.
“Ya, sesungguhnya Tuhan itu Maha Agung, setelah sekian lama terpisah akhirnya Dia pertemukan kita semula.”
“Bila kenangkan kembali kenangan kita dulu-dulu, lucu juga kan? Kau dengan ego kau kau, aku pula dengan ego aku. Kalau dulu bertelagah dan berbalah adalah hobi kita, saling mengata, menempelak, terkilan dan kadang-kala terluka. Pantang bersua pasti perang akan tercipta dan akhirnya yang akan menjadi mangsanya ialah.....”
“Sherry” Hidayah menyambung, akhirnya tawa mereka bersatu.
“Dayah..”
“Hem.....”
“I LOVE YOU”
“I LOVE YOU BACK”
Mereka saling membisu, apa yang dirasakan bagaikan mimpi. Seolah-olah mereka berada di awang-awangan sambil diulit kebahagiaan yang tak bernoktah.
“Kimi kalau aku minta sesuatu boleh tak. Aku tahu yang family belah kau orangnya berada tapi kalau boleh aku nak perkahwinan kita nanti biarlah sederhana. Atuk tak berapa berkenan kalau buat majlis besar-besar, membazir. Kau kan tahu keluarga belah aku macam mana.
“Asalkan aku dapat hidup bersama dengan kau, tak nikah pun tak apa...”
“Kimi!!!”
“Aku gurau jelah, dasar Lawyer semua benda nak ambik serius.”
“Hal kahwin boleh di ajak bergurau ke?”
“Ok, bos, takkan marah kot? Kita kan dah lama tak gaduh”
“seronoklah kau kalau dapat bergaduh dengan aku kan?”
“alah sayang janganlah marah. Aku pun ada satu permintaan, kalau kita dah sah jadi suami isteri nanti tolong panggil dengan gelaran abang boleh tak? Tak manis bunyinya kalau kita asyik berkau-kau dan beraku-aku. Nanti apa pula kata mama.”
“Ok, tapi kena ambil masa sebab nak biasakan diri.”
“Apa pula belajarlah dari sekarang, supaya kelak-kelak tak jadi kekok.”
“Baiklah cik abang oii”
“Lagi sekali..”
“Abang...”
Perkahwinan mereka berlangsung dengan sederhana seperti permintaan keluarga Hidayah. Majlis berlangsung di kampung halaman Nur Hidayah. Kecantikan Hidayah bagaikan sinaran nirmala apa lagi bila dia didandan seperti seorang ratu. Dia mengenakan baju pengantin berwarna Amber sambil rambutnya dihiasi layah yang sesuai dengan susuk tubuhnya yang kecil molek. Hatinya berdebar-debar menanti saat yang akan membawa dia melangkah ke alam yang serba baru.
“Cantiknya kau Dayah, jelesnya aku....” Sherry menepuk bahunya lembut. Dia hanya mampu tersenyum
“Siapa sangka kucing dan anjing boleh jadi teman sepanjang hayat. Tulah aku cakap sayang orang berpada-pada nanti benci jadinya, benci orang pun berpada-pada nanti cinta tumbuhnya.” Sherry menambah lagi.
“Amboi, pandai kau ye. Ikut suka kaulah yang pasti aku bukan si anjing yang kau katakan.”
“jadi kau mengakulah kau si kucing tu.”
“Amboi dah pandai loyar buruk aku heh...”
“Alah bisa tegal biasa...”
Pintu biliknya di ketuk perlahan. Tergopoh-gapah Sherry membuka. Syed Hakimi tersengih di depan pintu. Sherry berdehem halus.
“amboi tak sabarnya kau, main redah je masuk bilik anak dara orang, tak malu betul” Sherry mencebik.
“ekleh nak malu apa bini aku juga”
“Ya Allah Kimi buang tebiat betul. Kau buat apa kat sini keluarlah nanti orang nampak.” Nur Hidayah memalingkan mukanya dari tatpan Syed Hakimi.
“Wah, cantiknya bakal isteri abang.” Puji Syed Hakimi
“Abang pun apa kurangnya” jawabnya sambil membetulkan gelaran yang digunakannya untuk memanggil Syed Hakimi.
“Kalau boleh abang nak minta sesuatu dari Dayah.” Syed Hakimi meramas lembut tangan Nur Hidayah. “ Beberapa saat lagi Dayah akan sah jadi tanggungjawab abang. Kalau Dayah tak keberatan abang nak minta agar Dayah untuk bertudung dan menutup apa yang patut. Bukan niat abang nak mengawal hidup Dayah tapi sudah menjadi tanggungjawab abang sebagai seorang suami untuk hindarkan Dayah dari dosa dan azab neraka. Sesungguhnya abang juga manusia biasa kita sama-sama pernah melakukan kesilapan dan abang berharap Dayah akan menjadi penyuluh hidup abamg, tegurlah abang kalau abang ada buat salah.” Ujar Syed Hakimi lembut, Nur Hidayah terkesima, entah kenapa matanya menjadi bening dan perlahan titis air matanya mengalir membasahi pipi.
“kenapa ni sayang, Dayah kecil hati ke? Abang minta maaf?”
“ Tak abang tak salah, Cuma Dayah terharu bila abang kata macam tu. Demi Allah bang Dayah akan berusaha untuk menjadi isteri yang baik”
Wajah Hakimi di perhatinya penuh kasih...Ya Tuhan lindungilah Kekasihku ini dari segala malapetaka...hadirkan sinar bahagia buat selam-lamanya...
25 Ogos selamat di ijabkabulkan ..
Sekian......
Subscribe to:
Comments (Atom)


