realm of the head hunters

realm of the head hunters
lila

dreamer

dreamer

Monday, January 20, 2014

Medan perang



Medan perang


Hari ni nak cerita ttg medan perang ?
Apa tu ????
Askarkah aku ??
Eh.. bukan

Medan perang dari kaca mataku ialah tempat di mana  kalau boleh aku nak lari darinya
Tempat yang aku tak suka
Tapi aku harus melaluinya
Setiap hari …… hampir?
Boleh kata ia rutin

Kalau dulu di waktu remaja
Medan perangku ialah
Sekolah, dan kolej
To be frank
I hate letters
Tapi  ironinya
Benda yang kita benci inilah yang kita kena hadap setiap hari
Bukan kata aku tak suka ilmu
Bukan…
Jangan salah faham
Tapi ia lah
Kalau boleh aku ingin waktu itu 80% waktunya aku berseronok 20% biarlah aku mencari ilmu
Hehe ^^
Mengarut bukan ?
Ataupun kalaulah aku ingin belajar sekalipun
Biarlah tentang apa yang aku suka
Apa yang aku minat
Bukan apa yang harus .
Tapi inikan reality
Mimpi tak diterima di bumi ini
Ia hanyas pemuas roh
Cukup hanya untuk di bayang bukan di pegang

Sekarang di usia 25
Medan perang ku di tempatku mencari makan
Aaaaaahhhhhh
Patut dulu aku menikmati cuti2x
Sekarang nak cuti pun susah
Cutipun belum tentu mindaku cuti
Bahkan ada lagi kursus sana sini
Jangan persoalkan syukur atau tidaknya aku
Kini ku bicara tentang hati
Bukan kesedaran
Cet ^^

Apalagi kini aku berdepan dengan insan2x yang benar2x menguji
Sabarnya aku
Aku guru permulihan (bukan majorku dulu)
Untungnya aku
Adanya sebuah bilik berhawa dingin
Dan bilangan murid yang 4-5 ketul
Tapi
Apa gunanya hawa dingin dan ‘office peribadi’
STRESS
Menjadi kawan karibku
Semua org tahu aku bukan senang dimakan stress
Tapi kali ini aku tewas
Kalau di kolej assignment bertimbun
Aku still relax
Tapi bukan ini
Aku berdepan dengan mereka2 yang tak kenal huruf dan angka
Setiap hari aku bertanya
“ masalah budak ni apa? Takkan benda macam ni pun tak tahu ? dalam kepalanya ada apa?
Aku harus bagaimana?  Nak buat apa lagi dengan dia?”
Aku tahu aku persoalan ku persismis tapi ini realitinya aku

Pagi tadi aku menuturkan kata-kata ini
“kalau kamu masih lagi tak mahu baca sekerat pun ayat sehari lama2x cikgu boleh mati sebab makan hati!”
Ini kronik aku bukan mengada-ngada
Tak ada untungnya
Maknanya kalau berperang aku bagaikan sudah berada di hujung senapang
Buntu !
Apa aku belum cukup kuat berusaha?
Inikan baru bulan pertama….

"Medan perang dari kaca mataku ialah tempat di mana  kalau boleh aku nak lari darinya "
itu kata hati
tapi kesedaranku berkata 
manusia mana yang hendak memikul tanggungjawab? 
kalau ditaanya rela apa tidak ?
jawabnya tentu tidak 
tetapi itu lumrah 
hendak atau tidak bukan persoalan 
untuk hidup kena sanggup 
sebab nanti bayarannya ada 
baik di dunia atau di atas sana 
aku adalah apa yang aku lakukan 
iru cerminan yang terbaik 
meskipun berat 
 
p/s:
DEAR GOD
 Kalau ini ujian
Tunujkkanku jalan
Kalau ini satu hukuman
Tolonglah ringankan
Kalau ini cabaran
Berilah ku kekuatan
Kalau hatiku yang hitam
Tolonglah aku jernihkan
Kalau ini satu tanggapan
Berilah aku keihlasan
Berilah aku pertunjuk untuk menang dalam medan ini 



 p/s: aku nak jadi seperti lacus clyne .... ^^ hehe

2 comments:

  1. what to do? It's your choice to be a teacher pok...apa boleh buat nak..but,at least ko ada keja pok...aku? makan hati jak di rumah tok...hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ja ..... tyme sekolah dolok sik alu ku fikir ku akan jadi cikgu ... sik hal pok rezeki ada di mana2x .. akan datang.

      Delete