rindu
ku khabarkan pada gusar malam
aku rindu wajah tua itu
matanya merah menatap aku penuh harapan sambil tangan tuanya menepuk bahu membuah senyum
katanya yang susah itu akan membuahkan hasil
ku telan susah itu kerana percaya
akhirnya menguntum kerjaya di puncak cita
kerana dia
yang tidak pernah katakan tidak
ketika aku meminta
bukan sikaya milik harta berjuta
bukan jua jurutera yang melakar dunia di hujung pena
apatah lagi doktor penyelamat manusia
dia hanya seorang guru biasa
pelajarannya sehingga tingkatan lima
anak nelayan dihujung desa
tunjukkan ilmu sewaktu ku buta
ku khabarkan lagi rinduku ke laut
kerana disitulah jasadnya bersemadi
saat gelombang menelan ke bumi
terkorban sewaktu berbakti
seorang guru yang aku sanjungi

No comments:
Post a Comment