realm of the head hunters

realm of the head hunters
lila

dreamer

dreamer

Sunday, September 18, 2011

guru : debu debunga dan harapan

debu debunga harapan

dikala lurah ini lagi beku
embun berangkat meninggalkan bumi
saat mentari masih malu menyelak tirai
aku sorang anak kotor berkasut koyak dan rabak
meniti kerikil-kerikil tajam mengintai
sesusuk tubuh yang tangannya mengemgam rotan
menunjuk ajar
berwajah jernih

matanya beralih
aku berlari
mencari sudut menyembunyi diri
kerana aku kotor bersalut lumpur berdebu kering
ketika  ke sini di pagi hari

dia melambai
aku tersipu
lalu serahnya sekeping buku tiada tercela
katanya itu debunga yang suatu ketika akan menguntum
menjadi yang terindah membuah cita

mata jernihku mula berkaca
aku kah itu yang mula membaca
akukah itu yang menghitung ranting di hujung kali
menjadi celik menjaring mimpi
harapan bersarang di dahan tertinggi

dia yang berwajah jernih itu
hatinya tulus, matanya ikhlas
menukar debu menjadi debunga
berbuah manis ranum di ranting usia
budi manakan mampu ku balas
hanya ku mampu memanjat
doa menggunung moga dikau
guru berjasa sentiasa sihat sejahtera

1 comment:

  1. prefer tis one. nice and sincere. keep on writing, dear. karya yang ikhlas lahir dari hati yang ikhlas. be positive~

    ReplyDelete