Pages

Sunday, September 25, 2011

aku dan foto

 this is me i am 22 years old ~
 this is my friend Princess Diana
 me again....
 she is my idol
we love to have fun *.*

Wednesday, September 21, 2011

aku di tengah badai

terasa bagai mengusung seluruh berat di dunia di atas bahu yang kerdil, aku belajar, mendengar apa yang perlu  di dengar, membayar harga yang tak perlu dibayar, ya kau kata sesuka mu mungkin mengharap aku kan mengerti tapi senaskah kecil diari yang tertulis dalam hati aku akan difahamikah? kau kuat kerana kau dililit banyak tangan yang kukuh berpadu, aku yang dililit dahan yang rapuh hanya mampu mengangguk?

Sunday, September 18, 2011

guru : debu debunga dan harapan

debu debunga harapan

dikala lurah ini lagi beku
embun berangkat meninggalkan bumi
saat mentari masih malu menyelak tirai
aku sorang anak kotor berkasut koyak dan rabak
meniti kerikil-kerikil tajam mengintai
sesusuk tubuh yang tangannya mengemgam rotan
menunjuk ajar
berwajah jernih

matanya beralih
aku berlari
mencari sudut menyembunyi diri
kerana aku kotor bersalut lumpur berdebu kering
ketika  ke sini di pagi hari

dia melambai
aku tersipu
lalu serahnya sekeping buku tiada tercela
katanya itu debunga yang suatu ketika akan menguntum
menjadi yang terindah membuah cita

mata jernihku mula berkaca
aku kah itu yang mula membaca
akukah itu yang menghitung ranting di hujung kali
menjadi celik menjaring mimpi
harapan bersarang di dahan tertinggi

dia yang berwajah jernih itu
hatinya tulus, matanya ikhlas
menukar debu menjadi debunga
berbuah manis ranum di ranting usia
budi manakan mampu ku balas
hanya ku mampu memanjat
doa menggunung moga dikau
guru berjasa sentiasa sihat sejahtera

rindu

rindu

ku khabarkan pada gusar malam
aku rindu wajah tua itu

matanya merah menatap aku penuh harapan sambil tangan tuanya menepuk bahu membuah senyum
katanya yang susah itu akan membuahkan hasil

ku telan susah itu kerana percaya
akhirnya menguntum kerjaya di puncak cita
kerana dia
yang tidak pernah katakan tidak
ketika aku meminta

bukan sikaya milik harta berjuta
bukan jua jurutera yang melakar dunia di hujung pena
apatah lagi doktor penyelamat manusia
dia hanya seorang guru biasa
pelajarannya sehingga tingkatan lima
anak nelayan dihujung desa
tunjukkan ilmu sewaktu ku buta

ku khabarkan lagi rinduku ke laut
kerana disitulah jasadnya bersemadi
saat gelombang menelan ke bumi
terkorban sewaktu berbakti
seorang guru yang aku sanjungi